Rabu, 2 April 2014

FAZURA JUMPA CARA DELEVINGNE DI PARIS, BERCUTI DENGAN SIAPA?

KL, 2 APRIL 2014: Pada minggu lalu, tiba-tiba nama seorang aktres jelita pujaan Malaya menjadi tajuk utama gosip-gosip di pojok hiburan kebanyakkan media tempatan. Murai Batu dah boleh agak pembaca mesti tahu siapa aktres tersebut, iya tak lain tak bukan Fazura yang sentiasa panas dan kali ini cerita pasal dia dikatakan bercumbu di khalayak ramai.
Entahlah, Murai Batu tidaklah mahu menambah cerita sebab tiada pengesahan serta dakwaan yang dibuat oleh saksi juga tidak disertakan dengan bukti. Jadi kita tunggu dan lihat sahajalah. Kalau betul Fazura ada berbuat demikian, hmmmm tunggu sahajalah dia yang jawab. Kita tak payah sibuk-sibuk nak sensasikan apa yang belum dipastikan.
Korek punya korek rupa-rupanya si Fazura yang khabar kini intim dengan DJ daripada Amerika Syarikat itu sedang bercuti di Eropah. Dengan siapakah dia terbang kesana? Ooops! Dengan  Randy yang digosipkan dengan dia ke? Wah, panas panas!
Oklah, Murai Batu sekadar nak buat spekulasi yang positif berdasarkan foto-foto yang dikongsi jelitawan ini yang khabarnya kini berada di Monaco. Melihat kepada caption yang tertera di Instagram miliknya @missfazura dia seperti berada di sana bersama ahli keluarga.
Ada foto dia bersama kakak ipar, anak buah yang comel itu dan paling penting gambar dia bersama model dan juga pelakon baru hebat yang berasal dari England, Cara Delevingne. Khabarnya mereka bertemu didalam butik Chanel ketika kedua-duanya sedang berada di butik yang terletak di Rue Cambon di kota Paris itu.
Bukan main lagi gambar-gambar yang dikongsi Fazura di Instagramnya itu, makan hati Murai Batu. Bila nak dapat jejakkan kaki ke Eropah. Namun begitu, disebabkan pemergian Fazura bercuti ke sana menyepikan seketika kisahnya di KLIA tersebut.
Apa-apa pun, enjoy gambar – gambar yang dikongsi Fazura ketika disana. Difahamkan dia telah memulakan percutiannya itu di Amsterdam, Belanda dan kota Paris dan kini berada di Monaco. Foto-foto yang dikongsi pun macam penggambaran fesyen untuk majalah.  Untunglah orang cantik!